Ahad, 10 Januari 2010

KENYATAAN MEDIA


Tarikh: 10 Januari 2010



PERLETAKAN JAWATAN SETIAUSAHA AGUNG PARTI KEADILAN RAKYAT


Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat telah diadakan semalam dan antara perkara lain isu perletakan jawatan Setiausaha Agung oleh Datuk Salehuddin Hashim telah dibincangkan. Dengan berat hati, kami menghormati keputusan beliau dan menerima perletakan jawatannya mulai 31 Januari 2010.


Bagi pihak Parti, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Salehuddin atas perkhidmatan cemerlang beliau sebagai Setiausaha Agung sejak April 2008 dan juga sebagai Setiausaha Pengelola dari tahun 2004 hingga 2008.


Memandangkan masa peralihan yang pendek serta tugas-tugas penting yang perlu dijalankan segera, saya telah melantik Saifuddin Nasution Ismail, yang merupakan Ahli Parlimen Machang, sebagai Setiausaha Agung baru dan perlantikan beliau telah diterima Majlis Pimpinan Pusat semalam.



WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Presiden

Parti Keadilan Rakyat

Sabtu, 9 Januari 2010


KENYATAAN MEDIA

SELANGOR KUTUK TINDAKAN SERANG GEREJA

Kerajaan Negeri Selangor mengutuk perbuatan mereka yang tidak bertanggjungjawab menyerang dan membakar beberapa gereja di Selangor dan sekitar lembah Klang.

Perbuatan tersebut adalah satu tindakan yang bacul kerana ianya boleh mengeruhkan keharmonian dan menimbul kekeliruan diantara masyarakat majmuk di Malaysia. Kami berharap rakyat Malaysia dapat bertenang sementara polis menjalankan siasatan.

Kami menyeru kepada pihak polis agar menjalankan siasatan yang profesional dan telus sehingga mereka yang tidak bertanggungjawab ini dapat dihadapkan ke muka pengadilan. Adalah diharapkan pihak polis juga akan meningkatkan kawalan di semua rumah ibadat agar kejadian buruk ini tidak berulang.

Kami menegaskan bahawa sebarang serangan ke atas rumah beribadat tidak direstui oleh mana-mana ajaran agama. Saling menghormati dan toleransi adalah elemen penting bagi menjamin kestabilan dan keamanan masyarakat pelbagai kaum dalam negara seperti Malaysia.


TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR


KENYATAAN MEDIA


Tarikh: 8 Januari 2010


Saya mengecam tindakan pihak tertentu yang menyerang beberapa gereja di sekitar Lembah Klang. Serangan keji sedemikian merupakan satu tindakan yang dikecam keras Al-Quran. Agama Islam jelas menggesa umatnya untuk menghormati rumah peribadatan penganut agama lain.

Sehingga kini saya difahamkan sebanyak empat gereja dijadikan sasaran serangan. Manakala itu aras bawah Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati telah hangus terbakar akibat dari siri serangan tersebut. Saya menyatakan rasa syukur kerana serangan tersebut tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Saya menyeru semua pihak agar bertenang dan jangan sesekali terjerumus ke dalam api kebencian. Sebarang tindakan tidak boleh sama sekali didasari politik perkauman sempit. Saya mempunyai keyakinan kita rakyat Malaysia akan menyelesaikan isu ini tanpa diiringi sebarang konflik. Insha-Allah usaha kita untuk mengekalkan keamanan diberkati jua.


ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum
Parti Keadilan Rakyat

MEDIA STATEMENT
FOR IMMEDIATE RELEASE

Date: 8 January 2010


Let Us Unite To Resolve Conflicts Peacefully

Parti Keadilan Rakyat is appalled and saddened by the attacks on churches this morning both in Kuala Lumpur and Petaling Jaya. We strongly condemn the irresponsible and reprehensible acts of violence, which could cause irreparable harm to harmonious relations in our country.

Especially since the dispute about the use of the term “Allah” by non-Muslims is a matter of religious concern, we should all heed the religious teachings of practising tolerance and respect toward all other religions.

We sincerely appeal to all quarters to remain calm and approach this issue in a wise and peaceful manner. In light of the emotional nature of this debate, all religious and political leaders, in particular, must act responsibly and not try to score points at the expense of another community.

Whilst we respect the right to freedom of assembly and expression, we believe that all parties concerned ought to exercise these freedoms responsibly and not use them to fuel religious or racial animosity, or hurt any community.

As Malaysians, we have lived together and share this country for a very long time. Although there some differences between the communities, it is time all of us came together with open hearts and minds to resolve whatever conflicts wisely and peacefully for the future of our beloved nation.


WAN AZIZAH WAN ISMAIL
President
Parti Keadilan Rakyat

###

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA

Tarikh: 8 Januari 2010


Bersatu Menyelesaikan Konflik Secara Aman

Parti Keadilan Rakyat amat terkejut dan sedih dengan serangan terhadap gereja kristian di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya pagi ini. Kami membantah keras tindakan ganas yang tidak bertanggungjawab ini kerana ianya boleh merosakkan keharmonian negara kita.

Memandangkan pertikaian mengenai penggunaan kalimah "Allah" oleh golongan bukan Islam ialah masalah keagamaan, justeru kita seharusnya mengamalkan sikap toleransi dan hormat-menghormati sebagaimana yang dianjurkan oleh semua agama.

Kami secara ikhlas merayu kepada semua pihak agar bertenang dan menangani masalah ini secara damai dan bijaksana. Semua pemimpin agama dan politik harus bertindak secara bertanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan atas isu ini sehingga mengorbankan rakyat.

Walaupun kami menghormati hak kebebasan untuk berkumpul dan meluahkan pendapat, kami percaya bahawa semua pihak yang berkenaan harus menggunakan kebebasan ini secara bertanggungjawab dan bukan untuk menimbulkan permusuhan agama atau ras, atau menjejaskan mana-mana rakyat atau agama lain.

Sebagai rakyat Malaysia, kita telah hidup bersama-sama di negara ini untuk suatu tempoh yang sangat lama. Walaupun terdapat perbezaan antara kita, inilah masanya untuk kita bersama menyelesaikan sebarang konflik secara damai dan bijaksama demi masa depan negara yang kita cintai.


WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat

Selasa, 24 November 2009

KENYATAAN MEDIA - KEBAJIKAN KANAK-KANAK MALAYSIA DIABAIKAN

KENYATAAN MEDIA

23 NOVEMBER 2009

KEBAJIKAN KANAK-KANAK MALAYSIA DIABAIKAN

Wanita KEADILAN memandang serius pengakuan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM); YB Senator Datin Paduka Chew Mei Fun bahawa KPWKM masih sedang ’berbincang’ untuk menyelesaikan beribu-ribu kes-kes mahkamah yang melibatkan kanak-kanak! JikaKementerian Pembangunan Wanita sendiri tidak berupaya untuk menyelesaikan kes-kes mahkamah juvana ini, maka kementerian mana yang boleh diharapkan untuk melindungi kanak-kanak dalam sistem perundangan agar tidak merencatkan pertumbuhan mereka yang sedang membesar.

Kami juga resah apabila KPWKM hanya bercadang untuk menubuhkan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak (JPKK) dua (2) tahun dari sekarang - tahun 2011. Bagaimana Kementerian Pembangunan Wanitahendak menyelaras dan memantau isu-isu berkaitan kelangsungan hidup, perlindungan, perkembangan dan penyertaan kanak-kanak jika penubuhan jabatan kanak-kanak ini dilewatkan?

Begitu juga Pelan Tindakan bagi Dasar Kanak-kanak Negara dan Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara yang melibatkan hampir kesemua kementerian. Apakah peruntukan ’cross-cutting budget’ dari kementerian-kementerian yang terlibat dan bagaimana KPWKM hendak memantau samada pelan tindakan itu telah berjaya dilaksanakan?

Ini mengambil pengajaran dari kegagalan pemantauan ’cross-cutting budget’ oleh KPWKM dalam Belanjawan 2008 terhadap empat (4) kementerian berkaitan – Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sumber Manusia.

Jelas, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kurang peduli dalam melindungi hak kanak-kanak walaupun negara kita telah lebih setengah abad mencapai kemerdekaan. Tidak hairan perogol-perogol wanita dan kanak-kanak kaum Penan lepas bebas tanpa pertanggungjawaban.

HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN

KETUA WANITA PARTI KEADILAN RAKYAT

MERANGKAP AHLI PARLIMEN AMPANG

Khamis, 15 Oktober 2009

Kenyataan akhbar berhubung tindakan disiplin terhadap Mahasiswa UM

*Kenyataan akhbar oleh YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia.

Oct 14, 2009
01:01:24 pm

Saya kecewa dan sedih apabila dimaklumkan bahawa terdapat beberapa orang mahasiswa Universiti Malaya yang diambil tindakan disiplin kerana melakukan "jenayah" mengundang pimpinan Pakatan Rakyat termasuk saya bagi mengisi undangan mereka di kampus.

Tiga orang pimpinan mahasiswa yang cuba didakwa melakukan jenayah tersebut adalah Haafizuddin Abirerah, 24 dan Abu Ubaidah Amir Abd Malek daripada Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) serta Chang Keng Fai, 21 daripada Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya (PMCUM).

Ketiga-tiga mahasiswa ini dihadapkan ke perbicaraan oleh Tribunal Universiti. Mereka telah dituduh melakukan kesalahan disiplin dibawah seksyen 16 (c) Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.

Dakwaan ini adalah rentetan daripada keputusan PMIUM menjemput saya bagi merasmikan Program Muktamar Tahunan mereka pada Februari lepas, manakala PBCUM telah menjemput Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok sebagai pengadil debat mereka pada Ogos lepas bersama-sama bekas Ahli Parlimen Kota Melaka MCA Wong Nai Chee dan wartawan Koh Kok Wee.

Tindakan yang dilakukan oleh pihak pentadbiran universiti ini adalah amat mengejutkan dan mengecewakan, apatah lagi di ambang peperiksaan universiti. Tindakan ini secara jelas bercanggah dengan kebebasan akademik dan juga hak untuk berpersatuan. Saya secara telus menyatakan bahawa tidak ada yang saya sampaikan dalam ucapan saya yang menggangugugat keselamatan awam dan negara.

Tindakan yang diambil oleh pentadbiran universiti ini adalah mungkin disebabkan pandangan mereka yang merasakan bahawa saya dan Teresa tidak layak untuk menyertai program universiti tersebut. Namun demikian sentimen ini adalah meleset apabila universiti lain bersedia untuk menerima kehadiran saya untuk memberi ucapan dengan tangan terbuka termasuklah Universiti California di Berkeley, Universiti Stanford, Universiti Essex dan the School of Oriental and Asian Studies, London, selain IPT UNISEL dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Insiden ini menyentuh saya secara peribadi memandangkan sebelum ini berlaku sabotaj dalam program tersebut dan kini PMIUM berhadapan dengan risiko didakwa jenayah universiti membabitkan saya. Ini secara jelas bercanggah dengan prinsip keadilan.

Saya kemudiaannya terpaksa membuat sidang media dengan harapan umum mengetahuinya dan pada masa yang sama saya telah menulis surat secara peribadi kepada Menteri Pengajian Tinggi dan Naib Canselor Universiti Malaya. Selain dari jawapan daripada Kementerian bahawa mereka akan menyiasat aduan saya, tiada tindakan lanjut. Peristiwa ini membuktikan keadaan pendidikan Malaysia masih tidak banyak berubah di sebalik keyakinan yang digambarkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Adalah menjadi sesuatu yang merugikan bagi sebuah universiti seperti UM yang diterima kembali sebagai salah sebuah 200 universiti terbaik dunia dalam senarai pendidikan tinggi Times berkelakuan seperti ini.

Tidak kira apakah perasaan peribadi pihak berkuasa terhadap saya dan rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat dan perjuangan kami, tidak wajar mereka menjejaskan masa depan tiga mahasiswa berpotensi ini.

Saya dengan ini menggesa dan menyeru pihak pentadbiran universiti untuk menggugurkan segala tuduhan terhadap ketiga-tiga mahasiswa ini. Saya juga ingin merayu kepada Menteri Pengajian Tinggi Khaled Nordin untuk campur tangan dalam hal ini atas nama keadilan dan kebenaran.

Nik Nazmi Nik Ahmad

Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia